Thursday, May 20, 2010

sambungan part 2

Sakitnya hati bila dicurangi, berita pertunangan antara faizal dan farah yang dikhabarkan oleh liza, membuatkan fatiha jatuh terduduk...titis-titis mata sudah mula membanjiri muka,,,,disaat itu, hati aNis bagai disia-SIAT..LUKANYA amatlah mendalam, perasaan sedih selepas bercerai belum habis,ditambahi dengan berita yang baru diterima tadi......to be continued...

p/s:skunk aku dalam proses membuat novel....kekangan waktu,menyebabkan aku gagal menyiapkan cerita ini...dan aku mengharapakan sokongan dan nasihat kawan-kawan aku(min,iqah,teah,etc)dalam mengedit ayat-ayat (kerana aku masih lagi lemah dan mereka lebih mengetahui aku)heheheheh....... dah aku harap...novel ini berjaya direalisasikan...doa daripada semua amat aku harapkan...amin.....

BERUSRAH BERSAMA

Alhamdulillah , Segala Puja - Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina .

Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ) . Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat .

Walaupun begitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah ( seperti di dapur ) . Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh , sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah .

Walaupun begitu , ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk " MEMANDANG SECARA LAIN MACAM " ( pandangan penuh berahi ) kepada kakak ataupun adik iparnya . Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai " makna jahat " !? .

Tudung kepala ( yang juga menutup lehernya dan dadanya ) TIDAK BOLEH ditanggalkan di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ini ) .

Inilah dia hukumnya berdasarkan mudahnya Islam . Di samping kemudahan diberikan , Islam tidak lupa juga memberi amaran akan bahayanya apabila kemudahan itu disalah gunakan .

Tidak dapat dinafikan , di dalam dunia moden ini kadang-kadang seseorang wanita itu terpaksa tinggal serumah juga dengan ipar-duainya lantaran perkerjaan ataupun pengajian . Hubungan ipar-duai itu hendaklah dijaga dengan batas-batasnya .

Ya kita boleh mempunyai hubungan mesra dengan ipar-duai kita tetapi hubungan sebagai ipar-duai sahaja . Tidak lebih daripada itu .

Tapi BAHAYA ipar-duai ini juga perlu diawasi . Tidak sedikit manusia yang " TERLAJAK " dengan ipar-duai sendiri disebabkan hubungan dengan ipar-duai ini LEBIH HALUS , LEBIH SUKAR DIKESAN DAN LEBIH MESRA .

Kerana itulah Baginda Rasulullah s.a.w telah pun memberikan amarannya dengan mengatakan bahawa " Ipar-duai itu adalah MAUT " iaitu , " hubungan sumbang " dengan ipar-duai sendiri lebih merbahaya berbanding dengan orang yang tiada kaitan kekeluargaan dan persemendaan . Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

Ertinya : Drp Saidina 'Uqbah Bin 'Amir r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : (( " Jaga-jaga ! , Janganlah kamu bersunyi-sunyian ~ khalwat ~ dengan mana-mana wanita " )) , maka bangunlah seorang lelaki drp Kaum Ansor bertanya : " Bagaimana pula dengan ipar-duai ? " . Jawab Baginda s.a.w : " Ipar-duai itu sendiri adalah MAUT " )) . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh ( 9 / 5232 ) dan al-Imam Muslim rh ( 4 / 2172 ) . Juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad ( 4 / 149 ) dan al-Imam at-Tirmidzie rh ( 3 / 1171 ) serta al-Imam as-Suyuthi rh ( Al- Jamie? as-Soghir : 2905 ) .

Sebaik-baiknya kita tidak duduk serumah dengan adik-beradik ipar kita .

Namun jika AMAN DRP SEBARANG BAHAYA ( apatah lagi dengan keganjilan perilaku dan kecenderungan seks zaman sekarang ) , maka TIDAKLAH MENGAPA tinggal serumah dengan mereka .

Mudah-mudahan Allah Ta'ala menyelamatkan kita sentiasa drpd musibah2x yg xdiingini.... Amin Ya Rabbal Alamin .

p/s:aku masih lagi berusaha ,aku memerlukan sedikit masa.aku mahu perubahan yang berlaku kekal selamanya dan bukan untuk sementara.amin......

BERUSRAH BERSAMA

Sejak kebelangkangan nie,,,aku selalu diberi info yang aku sendiri tak tahu...info2 yang boleh menyedarkan aku tentang hidup ini....disini aku akan kongsikan info-info yang aku dapat(tapi bukan aku yang tulis...thanx to wardatul iman yang tidak jemu-jemu memberikan info berguna kepada aku)

Asslamualaikum w.tw...
pda mlm ini mrilah sma2 kita terokai apakah sfat sbenar mlu dlm islam...

MALU antara sifat terpuji yang melambangkan ketinggian budi pekerti Muslim dan ketebalan imannya. Sifat malu juga satu petanda membuktikan iman itu bertapak kukuh dalam jiwa sanubarinya, sebaliknya mereka yang tidak mempunyai rasa malu bermakna sudah hilang imannya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Malu dan iman itu adalah teman yang seiring jalan. Jika salah satu daripadanya terangkat (tiada), nescaya terangkat (tiada) juga yang satu lagi.” (Hadis riwayat Muslim)

Sebenarnya, malu adalah sifat semula jadi diciptakan Allah SWT pada setiap insan. Ia dapat diperhatikan apabila seseorang manusia kemerahan wajahnya atau pipinya akibat malu selepas dimarahi atau melakukan sesuatu yang kurang sopan.

Ada juga manusia bermuka tebal sehingga tidak menghiraukan apa dilakukannya. Orang itu tidak mempunyai perasaan malu di sudut hatinya. Sifat malu diberi kedudukan istimewa dalam Islam.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya bagi setiap agama ada tatasusilanya atau ciri-ciri istimewanya, maka untuk Islam ialah sifat malu.” (Hadis riwayat Malik)

Sehubungan itu, Sheikh Muhammad al-Ghazali dalam kitabnya Akhlak Muslim menjelaskan, dalam ajaran Yahudi pada zaman Nabi Musa AS ada ciri kekerasan dan dalam ajaran Masihi pada zaman Nabi Isa AS pula ada ciri kelembutan dan kelonggaran dalam kira bicaranya serta saling bermaaf-maafan.

Sementara Islam pula mempunyai sifat malu sebagai ciri keistimewaannya. Ringkasnya, sifat malu mempunyai kedudukan tinggi dalam Islam sehingga dijulang sebagai satu simbol melambangkan nilai keimanan dan kesusilaan seseorang Muslim, sekali gus mengisyaratkan betapa Islam adalah agama menganjurkan umatnya berakhlak mulia dan menjauhi sama sekali segala yang keji.

Rasulullah SAW adalah teladan terbaik dalam penampilan akhlak terpuji sehingga diperakui bahawa akhlak Rasulullah SAW terjemahan menyeluruh al-Quran. Sebenarnya, Rasulullah SAW adalah seorang yang amat pemalu dalam tingkah laku sehariannya.

Diriwayatkan oleh sahabatnya, Abu Sa’id al-Khudri yang bermaksud: “Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu dan lebih pemalu daripada seorang anak dara dalam kelubungnya dan apabila Baginda melihat sesuatu yang tidak disukainya, nescaya kami dapat camkan yang demikian itu melalui wajahnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Justeru, wajarlah setiap Muslim menghiasi dirinya dengan sifat malu kerana sifat itu lambang kesempurnaan iman seseorang kepada Allah SWT. Lebih-lebih lagi, sifat malu mampu bertindak sebagai perisai atau benteng bagi seseorang Muslim terjerumus ke lembah kehinaan.

Malah, dengan sifat malu yang bertakhta kukuh dalam sudut hati berupaya memartabatkan individu Muslim sebagai Muslim yang kental imannya, luhur budi pekertinya, berdisiplin dan disenangi semua insan.

Sebaliknya, seandainya sifat malu terhapus dan tidak bertapak dalam hati seseorang, maka ia menjadi bibit virus atau penyakit yang mampu menggugat keimanan seseorang dan akhirnya dengan mudah terjerumus ke lembah kederhakaan kepada Allah SWT.

Mungkin ini bertepatan dengan peringatan keras Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: “Apabila Allah SWT kehendaki untuk membinasakan seseorang hamba, akan dicabut daripadanya perasaan malu. Maka apabila dicabut daripadanya sifat malu, dia akan dibenci orang dan bila dia dibenci orang, akan dicabut daripadanya sifat amanah. Apabila dicabut daripadanya sifat amanah, maka dia didapati sebagai seorang yang khianat dan dikhianati. Jika dia berada dalam keadaan yang sedemikian, akan dicabut pula daripada hatinya perasaan rahmat dan bila ia terjadi begitu, maka dia tidak akan berada melainkan dalam keadaan yang dilaknati dan dimurkai. Bila dia dilaknati dan dimurkai, bermakna terungkailah akhirnya tambatan Islam daripadanya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Akibatnya, berleluasa krisis sosial dan maksiat tanpa batasan dalam kehidupan manusia seperti diperhatikan dalam masyarakat hari ini. Kita melihat muda mudi tanpa segan silu bergandingan tangan dan berpelukan di khalayak ramai biarpun tidak mempunyai ikatan sah.

Malah, ada juga yang sudah terlanjur ke lembah perzinaan di mana akhirnya si gadis yang hamil terpaksa melakukan pengguguran terhadap anak yang dikandunginya secara haram.

Begitu juga, amalan rasuah yang semakin menjadi-jadi. Semuanya berpunca tidak lain tidak bukan kerana sifat malu tidak menjadi perhiasan wajib dalam diri seseorang Muslim. Pendek kata, sifat malu berupaya menghambat hawa nafsu dan menghalang daripada terjebak ke kancah kehinaan.

Sifat malu menurut kaca mata Islam ialah malu kepada Allah. Rasulullah menegaskan sabda yang bermaksud: “Malulah kamu dengan Allah dengan sebenar-benar malu. Kami (sahabat) menjawab: Sesungguhnya kami sememangnya malu kepada Allah, Alhamdulillah. Ujar baginda: Bukan itu ….. Malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu itu ialah dengan menyaring sesuatu yang memasuki kepala dan perut kamu, mengingati mati dan kehancuran tubuh badan (jasad) apabila memasuki kubur nanti. Sesiapa yang berkehendakkan akhirat, hendaklah dia tinggalkan perhiasan dunia yang berlebihan dan memilih kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia yang sementara. Maka sesiapa yang benar-benar melakukan yang sedemikian itu, sesungguhnya dia malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Individu Muslim yang bersifat malu adalah Muslim yang soleh dan bertakwa kepada Allah. Ibu bapa dan anak yang memiliki sifat malu mampu membentuk sebuah keluarga bahagia. Pemimpin bersama rakyat jelata sewajarnya bersifat malu bagi membentuk sebuah masyarakat bersih, harmoni dan sejahtera serta cemerlang dalam segala lapangan hidup.

Perlu diinsafi besarnya peranan sifat malu dalam kehidupan ummah sejagat sehingga ia dapat membentuk sebuah kehidupan harmoni dan sejahtera yang berada di bawah keredaan Ilahi dunia serta akhirat.

Sumber: Berita Harian

Tuesday, May 18, 2010

SELAMAT PAGI...

post kali ini tak tahu nak tulis apa....aku merasa aku kehilangan sesuatu..sesuatu yang aku sendiri tak tahu..pagi-pagi aku bangun,,,termenung sendirian atas katil,,entahlah...aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan...today....aku terasa kekosongan dan kehilangan.....ermmmm...what happen to me...arrgh.....(aku hanya boleh menjerit di dalam hati)perasaan yang sengsara terpendam dalam hati tak dapat aku luahkan...arrghh....kenapa post aku kali ini macam tak best aje....erm.......disaat die mengungkapkan kata perpisahan,...hati aku berasa kelam...,dunia ku rasakan gelap sementara,,,air mata yang sejak tadi ku tahan,,gugur juga akhirnya...(arghh...malunya aku)kenapa aku perlu menjatuhkan air mata aku, kepada lelaki yang tak menghargai aku....dau tiga hari ini aku memikirkan apa kesalahan aku,,,sehingga aku diperlakukan sedemikian,,,sudah tiga hari aku tidak ke kuliah...badan aku terasa lemah...aku hanya mampu baring di atas katil.....to be continue

Monday, May 17, 2010

???????????????????

Sebenarnya..aku benci tengok adammamya..cerita ini membuatkan aku teringat kembali kepada hamizah..Scandal wan..sebab budak perempuan tue suka giler dengan drama tue.sekarang aku berada dalam situasi di mana aku masih lagi keliru dengan perasaan aku..hakikatnya aku memang sayang lagi dekat dia…tapi entahlah…aku takut...dua tiga hari ini,aku selalu berfikir…adakah aku patut memberi dia peluang kedua…tapi aku takut dia akan curang lagi kepada aku..aargggghhh…..aku berada dalam keadaan dilemma.walau pown,dia telah memberi penjelasan tapi aku masih lagi ragu- ragu terhadap kejujurannya.hati aku mengatakan dia tipu…aku pown bingung…aku takut aku terlampau mengikut perasaan….erm….walaupown sekarang ramai insan yang menunggu aku menyahut cinta mereka,,tapi hakikatnya aku tak boleh…aku cuba untuk melupakan dia…tapi tak boleh….hal yan g berkaitan dengan hati ini sukar untuk dimengerti…seperti malam ini…aku begitu rindu kepadanya…teringat kembali memori dimana aku dan die menghabiskan malam bersama di telefon…walaupown…aku yang banyak bercerita sedangkan dia hanya menjadi pendengar setia,,,tapi aku berasa bahagia…sekarang malam aku hanya dipenuhi dengan membca majalah yang telah aku ulang berkali-kali,,,huhuhuhuhuuuu(hingga naik muak pown ada)*_*

Monday, May 10, 2010

SCENE DURING TA'ARUF AND INDUCTION CORSE




PICTURE AT MEETING ROOM

LAST DAY AT HOTEL MORIB
JOJIE AND REDHA
AIN, SHIRA

K.UMI
MY TEAM MEMBER....MULTIMEDIA BUREAU

TA'ARUF WEEK

dah lama rasanya tak update blog nie...kekangan waktu dan masa mencemburui aku untuk meng update blog nie....huhuhuh...first aku start dengan musim taaruf...before tue aku cakap,ta'aruf kali ini,untuk kali kedua aku under multimedia...at first aku rasa sedih gak, sebab member aku,teha,kay, under pc,,,so aku sorang under mm..mula2 aku rasa macam kekoh gak,sebab semua ahli group ak budak ict except ak budak aad...tapi alhamdulilah...semuanya ok...dah aku merasa seronok dapat kenal ngan diowang...(ain,shira,k,umi,abg redha,jojie,)mis u alll...and thank cause give me a chance to know all of you and the happiness that we feel together...ok...sekarang aku cerita pasal perjalanan sewaktu ta'aruf. first aku start dengan induction course dekat hotel morib...selama 3 hari aku bertapak dekat situ....aku suka view dekat situ...ade laut...macam kat tanjung pown ade environmentnya...yang bezanya tempat tu sebab bersih and x de orang berdating...heheheheh..dan lagi yang best...aku tido sowang2 atas katil hehehehe(x de pergaduhan teha curi selimut aku)..the.,,preparation day...waktu ini busy gak,,,sebab nak setttlekan tag,backdrop design,gimmick,design template and master plan.....tahun ini,,,tag yang di design oleh jojie...dipuji sebagai tag yang paling cantik diantara musim2 taaruf yang lain...(aku pun tumpang gembira...walau pown aku x design tapi idea aku diterima on tag design process)..then...aku bersama k.uim,redha, mencipta design for booklet and barang untuk gimmick,aku bersama ain,n shira...(dan satu yang paling seronok design kitaorang dipuji dr asiah masa lauching ta'aruf week.sonok +bangga pown ada...hehehehe)..and then ta'aruf week pown start...hari first agak kelam kabut ckit...sebab aku person in charge kat back stage datang lmbt...sakit gak telinga kena marah ngan budak prep n tech...tapi aku tak amik pusing sangat coz aku tahu mmg salah aku,,,and after tue,,,everything under control walaupown ada sikit2 salah faham antara budak mm ngan prep n tech...,last prep and tech we have dinner...sonok gak,,,dapat byk makn kek...sampai rasa nak pecah perut(selamt x jadi...kalo jadi betul, confirm ak x sempat tulis post kali ini.hehehehe)...end....