Wednesday, June 30, 2010

MENCARI SAHABAT,,,

Payahnya mengenal sahabat
Masing-masing mahu berhibur dan terhibur
Sahabat yang bijak akan rosak inteleknya jika ditegur
Sahabat yang dungu akan rosak perasaannya jika disinggung

Jika diam dikatanya tidak tahu
Jika banyak cakap dikatanya tunjuk pandai
Apabila dipuji dia merasa senang hati
Apabila diuji dia cepat remuk hati
Bukan senang jadi kawan
Bila seirama itulah tolan
Bila tak sekata jadi lawan

Dengan siapa kita berkawan
Itu... Orang hebat setinggi awan
Ilmunya tinggi jiwanya tenteram
Tapi sayang, belumpun sempat menghulur salam
Ia merajuk sakit meragan

Payahnya mengenal sahabat
Suaranya indah ilmunya lebat
Sedikit terantuk lalu merajuk
Marilah sama kita memujuk

Itulah tanda kasih sayang
Dalam keikhlasan tak serupa keikhlasan...

ERTI SAHABAT

asslamualaikum w.t.w..

Saya pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan.

Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri;

Adakah anda seorang kawan sejati?
wallahualam...

PERPISAHAN

benar kata orang perpisahan itu satu penyiksaan....aku mengalami kekecewaan yang amat teruk selepas ak ditinggalkan....(i nak fokus ngan study, u gemok...and nampak tembam bila pakai selendang, i busy,,u tak pernah faham i, u ego and kuat cemburu).....aku sedar dengan kekurangan yang aku ada....kenapa???orang gemuk tak boleh dapat cinta ker?????????? cinta dan sayang orang gemuk nie tak bernilai kew?......gemuk boleh kurus.....kenapa????????aku ego....sedangkan aku banyak beralah....aku kuat kongkong?....aku beri die kebebasan...cemburu....perempuan mana yang tak cemburu bila kekasihnya asyik bermessage ngan perempuan lain hari2 (sedangkan nagn aku die sering claim yang dia busy) and mengaku diri solo (ak demanding sangat kew?)....memang aku x de hak untuk masuk privacy dia.....tetapi kenapa dia tak nak bersikap jujur dengan aku?????kenapa dia sanggup menduakan aku.....teruk sangat and tak layak kew aku tok dier???????....dan aku berfikir...kenapa perempuan tue stilll cntact dia walou pown aku dah banyak kali bagi tahu die...erm....mybe die beranggapan..." baru couple,,,x kawin agi....erm....."still ade chance.....(maybe betul, tapi kita kena hormati hak orang .), and hope satu hari mungkin die mengerti apa yang aku rasa (aku bukan mendoakan cuma harap die diberi peluang untuk merasai benda yang sama,,,supaya dia tahu bagaimana perasaan tu.)..(tapi sekarang aku cuba untuk berfikir positif)...jodoh pertemuan di tangan tuhan.....aku dalam proses memulihkan diri aku kembali...mencari balik semangat aku yang dah hilang.....dan selepas ini aku akan menjadi lebih berhati dalam hal2 percintaan...dan aim aku sekarang focus on study and nak kuruskan badan....(hehehehehe....aku dah hilang 3 kilo dalam masa 2minggu...memamg tak banyak,,,tapi aku akan berusaha lagi)....wish me luck...salam....

............................

bila usia kita semakin bertamabah semakin banyak benda yang perlu difikir....tak macam kita di zaman kanak-kanak, semua telah diatur,,,kita bangun pagi baju semua dah ciap,g dapur makanan semua dah terhidang..kita just bangun untuk main...bila dah penat, kita balik and tido....dulu masa aku kecik, aku x sabar untuk jadi owang dewasa...seronok tgk diowang ley wat apa yang diowang nak...aku tgk mcm senang jerk idup bile dah dewasa...tapi aku silap....sebenarnya bile kita usia kita semakin meningkat...semakin banyak beban dan perkara yang perlu kita fikirkan,,,fikir hal kerja, duit, study, kawen, etc....bile kita dah dewasa, kita kena hidup berdikari...kita tak boley lagi merengek minta tolong macam waktu kita kecik(macam baby nangis nak susu n nak tukar lampin)..semua masalah kena fikir sendiri...kadang- kadang ley jadi stress.. everything kita kena handle....erm......